Selasa, 4 Jun 2013

    

DEMI SANG PUTERI     


         Pada satu masa dahulu.. ada seorang Puteri yang cantik dan comel yang gerangan ialah AYU .. oleh kerana kecantikan dan kecomelan si Puteri maka dengan itu ramai orang berangan ingin memjadikan beliau sebagai teman sehidup semati (berkahwin) bukan sahaja rakyat jelata.. malahan menjadi sebutan para putera Raja di seluruh negeri (babun dan tenuk juga tidak di lupakan).. namun begitu masih belum ada sesiapa yang dapat merebut hati si sang Puteri yang sangat bernilai itu (baget sangat la puteri nie kan.. haha).,

         30 julai maka tepat lah umur Puteri AYU 21 tahun ,(tah dari mana watak nie datang tiba-tiba),, seorang ahli sihir (Nenek Kebayan bukan nenek kebaya ye)  telah mendapat perkhabaran mengenai kecantikan Puteri AYU ini dan beliau berhasrat ingin mengahwinkan anak beliau (Tapir bin Cipan yang muka macam tenuk ada hati nak di kawin dengan Ayu dan kini berada di luar negara sambung belajar katanya) dengan si Puteri AYU ..

         Hatta ,dengan itu Nenek Kebayan telah menghantar rombong meminang, siap dengan sirih junjung dan pokok-pokok sirih di bawanya sekali, tidak di lupakan juara berpantun peringkat tadika (adat melayu main pantun nak meminang).. namun begitu pihak Puteri AyU telah menolak peminangan ini kerana Puteri AYU tidak berkenan dengan anak Nenek Kebayan yang suka mengacau wanita (termasuk mak nyah dan  pondan) di pasar-pasar malam dan di mana sahaja tapir pergi.. ada saja yang hendak di kacau dan di usik.. selain itu Tapir kuat hisap rokok dan Puteri AYU  tidak minat pada orang yang hisap rokok (bagos-bagos.. rokok membahayakan kesihatan walau nikmat.. hihi)...

        Oleh di sebabkan itu .. pihak Nenek Kebayan menjadi berang dan amat marah dan tertekan dengan keputusan ini..  setelah sekembalinya Nenek Kebayan ke rumah beliau mulalah beliau berfikir kotor(bukan otak kuning ye) dan berhasrat untuk mencolek Puteri AYU agar dapat dipaksa mengahwini anak beliau si TAPIR..
..................................................................................................................................................................
        Keadaan negera MakJEmah  menjadi kelam kabut setelah sang Puteri telah di colek (biasalah si AYU nie anak manja, bila da hilang sedih la mak abah dia) .. dengan itu tuanku Raja telah menitahkn sekiranya sesiapa dapat menyelamatkan anak beliau ini, orang itu akan dikahwinkan dengan Puteri beliau... berita ini telah tersebar ke seluruh negara, benua, planet dan alam semesta.. semua orang berebut-rebut ingin menyelamatkan sang Puteri (tak kira tua ke muda, atau kaya  ke miskin semua sebok gatal nak kawin , dengan yang kuat dan lemah pon ade.. haha) , namun begitu tak ada sesapa pon berjaya ,. Ini kerana , Nenek Kebayan sangat hebat sihir nyaa..dan sepanjang perjalanan untuk sampai ke penempatan Nenek Kebayan adalah sangat berliku-liku dengan bahaya(siap ada raksasa,hantu dan lain-lain benda yang tahyul semua ada.. lu pikir la sendiri)..  tiada sesiapa atau apa-apa pun  yang dapat mengalahkan nya dan berjaya sampai ke rumah Nenek Kebayan itu. (Nampak sangat syirik main sihir-sihir nie) ..
            
      Bagaimanapun , ada seorang pemuda yang hidup dalam ke sederhana telah mendapat khabaran ini . dengan segala azam didalam dada, dia telah mulakan pengembaraannya untuk menyelamatkan sang Puteri.. beliau telah di bekalkan sedikit wang dan makanan oleh ibu beliau (haha.. mcam budak sekolah) sambil memberi sedikit nasihat “ ambil nie .. takut-takut kalau sesat boleh ambil teksi dan makan ini boleh la beliau jimat sikit kan,, tak payah keluar duit sangat “ kata ibu beliau .. (Nampak sangat sederhana kn.. haaha)
          Sampai sudah si pemuda di jalan yang harus beliau lalui untuk menuju ke penempatan si Nenek Kebayan .. dengan kebijaksanaa si pemuda semua raksasa, hantu dan yang lain-lainnya dapat ditewaskan dengan mudah (nak tau macam mana dorang di kalah kan.. senang je,, si pemuda ajak la main galah panjang.. si pemuda lari-lari dan lepas la dia dari kawasan kawalan mahluk-mahluk sengal tu.. habis kecewa dorang..  siap buat muka sedih ooo..)
         Kini si pemuda harus berhadapan dengan perangkap yang telah dipasang Nenek Kebayan.. alahaii.. perangkap tak power langsung.. setakat perangkap tikus je dia pasang.. apa ade hal.. si pemuda pon melangkah dan melompat-lompat untuk mengelak dari terpijak perangkap itu..kini dia berpikir sendiri dan heran,, bagaimana orang lain susah sangat nak lepas semua ujian ini.. sedangkan dia dengan mudah dapat melalui semua ini (orang pandai la katakan,, poyo la sikit kan,, bukan takbur ye) ..

       Keadaan paling genting.. si pemuda harus berhadapan dengan Nenek Kebayan yang sangat di geruni oleh semua orang dan semua bukan orang.. berbekal kan dengan sebilah pedang dan LAPTOP.. mulalah pertempuran hebat antara mereka berdua di dalam rumah Nenek Kebayan.. semakin lama keadaan semakin tegang. Dan semakin tegang.. mereka berbalas-balas serangan .. Puteri AYU hanya mampu melihat dan memberi kata-kata semangat beserta sokongan yang padu pada si pemuda yang tak pernah pun dia kenali.. pertempuran ini memakan masa yang agak lama.. setelah hampir setengah hari.. mereka berdua telah kepenatan dan si pemuda berjaya mengalahkan Nenek Kebayan dengan kemenangan tipis.. dengan beza mata 38 berbalas 37.. Nenek Kebayan amat lah kecewa dengan kekalah yang beliau hadapi dan tidak dapat menerima kenyataan..

       Si pemuda pon menjerit dan bersorak.. “yeahh.. aku menang main Counter Strike lawan dengan orang tua niee..!!” sangat gembira nampaknyaa si pemuda.. sehigga  terlupa dengan si Puteri AYu yang ingin beliau selamatkan.. sampai saja di rumah baru lah dia teringat ..  puteri Ayu yang masih di rumah Nenek Kebayan mula memaki hamun si pemuda itu walau si pemuda sudah tiada di situ.. hampir tiga hari puteri memaki tanpa henti..


kesian si Puteri AYU .. ingatkan ada orang nak selamatkan dia... hahaaaa... endinggg.. cerita tergantung begini... hahaa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan